Buat julung kalinya Rakan Riadhah di bawah pimpinan Sdr. Riduan atau Cikgu Wan telah mengadakan pertunjukan Silat Sendeng. Pertunjukan tersebut telah berlangsung di Sekolah Agama Al-Amin pada 20hb Jun 09. Dengan pengalaman yang baru berusia tak sampai sebulan , gelanggang Silat Sendeng Prima Damansara telah mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut. Selain Silat Sendeng terdapat juga persembahan dari Silat Keris Lok 9 dan Silat Setia Bakti.
Hasil didikan yang sempurna oleh Cikgu Wan, pelajar Silat Sendeng Prima Damansara yang rata-ratanya bersekolah rendah telah berjaya mencuri tumpuan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Al-Amin. Terima kasih juga diucapkan kepada abang-abang senior Silat Sendeng Kg Nakhoda kerana bekerjasama dalam menjayakan pertunjukan tersebut.
Diharap di masa mendatang Rakan Riadhah akan terus aktif menjayakan sebarang program yang berkenaan dengannya. Tahniah kepada Cikgu Wan dan pesilat-pesilatnya.
Salam... Pada 4 hb Jun 09 telah bermula latihan Silat Sendeng dibawah kelolaan Rakan Riadhah. Tenaga pengajar bagi kelas tersebut ialah Cikgu Riduan Borhan. Kelas bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada jam 11 malam. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dari penduduk setempat. Diharap keahlian akan terus bertambah dari masa ke semasa. Kami dari pihak pengurusan Kelab Belia Warisan Adam mengalu-alukan kemasukan pelajar-pelajar baru tidak kira usia. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Riduan ditalian 016 265 1515. "SENDENG PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA"
Subscribe to:
Posts (Atom)