Hidup Berani Berubah

'Hidup Berani Berubah'... Laungan slogan yang saya tonjolkan dalam ruangan Rakan Ekonomi, untuk memastikan tahap pencapaian ekonomi orang melayu mencapai tahap pencapaian yang lebih dinamik dan berdaya saing. Dalam dunia globalisasi yang makin mencabar kami ingin melahirkan lebih ramai golongan melayu muda menceburkan diri dalam dunia usahawan. Berani Berubah...!!! Ungkapan keramat untuk mereka yang mencari perubahan dalam hidup. Marilah berkongsi pengalaman diantara saya dan anda. Terima Kasih. Nasa Rakan Ekonomi Kelab Warisan Adam

Utusan Pengerusi

Assalammualaikkum Buat rakan-rakanku... Syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kurnia dan izinnya... di atas kelahiran Kelab Belia Warisan Adam Kuala Lumpur. Sudah menjadi wadah perjuangan kita demi memartabatkan diri kita dan rakan-rakan yang sesungguhnya adalah cucu cicit nabi Adam a.s. yang juga pewaris agama, bangsa dan negara yang sama-sama kita cintai. Memartabatkan rakan-rakan seperjuangan Warisan Adam melalui 4R... Rakan positif, rakan ekonomi, rakan maya dan rakan riadhah. "meminjam kata-kata... terjemahkan menjadi nyata..." adalah panduan kita sesama di kelab ini. Sesungguhnya sebarang bentuk pandangan... impian... harapan akan direalisasikan di atas kerjasama rakan-rakan di atas platform kelab ini. Kita bersama rakan-rakan akan akan sentiasa berjumpa di pejabat kelab atau tempat-tempat yang bersesuaian demi pengisian minda yang positif untuk menjana ekonomi serta beriadhah demi kecergasan dan sentiasa berhubung melalui dunia maya... Maka 4R adalah wadah perjuangan rakan-rakan yang merupakan pemimpin generasi akan datang... berjuang cara kita... berjuang demi warisan kita... berjuang demi anak cucu cicit kita... hanya kita melambangkan generasi akan datang... Besarlah harapan saya... semoga Kelab Belia Warisan Adam Kuala Lumpur dapat memberi faedah kepada rakan-rakan khususnya dan memberi sumbang saran pada Negara Malaysia tanahair kita... semoga menjadi nyata... Salam perjuangan dari saya... Salam muhibbah... Farid Saat

Salam Pengenalan

Kelab Belia Warisan Adam adalah sebuah kelab yang diwujudkan atas kesedaran ingin membantu generasi muda dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam kehidupan zaman ini. Berbekalkan pengalaman yang ada kami jawatankuasa kelab bersatu hati untuk mencurahkan tenaga bagi menjayakan matlamat murni ini. Kami ingin menjadikan Kelab Belia Warisan Adam sebagai salah satu tempat muda-mudi berkumpul dan bekongsi idea daripada membuang masa yang tidak berfaedah. Mungkin dari aktiviti yang hanya suka-suka mengisi masa lapang boleh dijadikan satu peluang mencipta pendapatan. Daripada berfikir perkara negatif dicurahkan idea pemikiran yang positif. Daripada insan yang kurang keyakinan diri ditransformasi menjadi hamba Allah yang gagah berani. Berbekalkan tulang empat kerat serta minda yang positif, kami di Kelab Belia Warisan Adam akan cuba membantu merealisasikan apa yang cuba dicapai oleh anda. Apa yang cuba diterjemahkan oleh anda. Bersama kita menjayakannya.