Baru-baru ini KELAB BELIA WARISAN ADAM KUALA LUMPUR telah mengadakan mesyuarat agong tahunan iaitu pada 30hb November 2010 (Selasa) bertempat di E-1-1C, Blok E, Jalan PJU 10/9D Prima Damansara, 47830 Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.00 malam.
Sidang mesyuarat agong ini bertujuan untuk mengumpul ahli-ahli yang terlibat dalam KELAB BELIA WARISAN ADAM KUALA LUMPUR, untuk mengadakan satu sesi rombakan ahli jawatankuasa bagi sesi/penggal 2011-2012.
Dalam pada ini juga, satu lagi rakan telah diperkenalkan dalam memantapkan lagi organisasi dan perjalanan serta halatuju KELAB BELIA WARISAN ADAM KUALA LUMPUR ini. Rakan yang diperkenalkan ialah RAKAN REMAJA.
RAKAN REMAJA ini diwujudkan adalah bagi mendekati para remaja diluar sana dimana remaja senang didekati oleh remaja sendiri berbanding peringkat umur yang lain untuk turut serta dalam kelab mahupun aktiviti-aktiviti yang positif dan boleh mendatangkan faedah kepada diri mereka sendiri mahupun kepada negara.
"1 BELIA 1 MALAYSIA"